Category: Sharbinee allawee

  • Sharbinee Allawee Dikesan Hadapi Kanser Paru-paru

    Bekas penjaga gol Terengganu dan juga skuad kebangsaan, Sharbinee Allawee baru-baru ini telah disahkan menghidap penyakit kanser. Sharbinee sebelum ini telah pun dikeluarkan dari skuad Liga Perdana Terengganu selepas dikesan mengalami masalah kesihatan, kini disahkan menghadapi kanser paru-paru. Menurut laporan Arena Harimau Malaysia, Sharbinee dikatakan sering mengalami rasa tidak sihat sejak akhir-akhir ini. Beliau bagaimana pun telah diberikan rawatan rapi… Continue reading "Sharbinee Allawee Dikesan Hadapi Kanser Paru-paru"

  • Sharbinee bersih – SPRM

    PENJAGA gol Terengganu, Mohd. Shar- binee Allawee Ramlie bebas daripada dakwaan ‘menjual perlawanan’ ketika melakukan kesilapan semasa skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia pada 1 September lalu. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan kewujudan unsur rasuah dalam perlawanan… Continue reading "Sharbinee bersih – SPRM"

  • ‘Sharbinee tak bohong’

    Ujian poligraf SPRM tunjuk bukti penjaga gol Terengganu tidak atur perlawanan Putrajaya: Keputusan ujian poligraf (pengesan pembohongan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli bercakap benar, sekali gus membuktikan dia tidak mengatur perlawanan ketika pasukannya seri 1-1 dengan Kedah pada aksi Piala Malaysia, pada 1 September lalu. Menurut sumber, ujian poligraf yang dijalankan terhadap… Continue reading "‘Sharbinee tak bohong’"

  • Sharbinee disoal 2 kali

    LAIN disasar, lain terkena apabila kesungguhan jurulatih Terengganu, Peter Butler yang beria-ia mahu menjalani ujian poligraf (pengesanan pembohongan) ke atas dua pemainnya, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha’ri bukan sekadar tidak kesampaian, sebaliknya penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli terlebih dulu menjalani ujian itu atas alasan mengatur perlawanan. Sebelum ini, Butler bermati-matian mempertahankan keputusan menggantung dua pemain itu atas alasan pulang… Continue reading "Sharbinee disoal 2 kali"

  • Sharbinee jalani ujian poligraf

    SIASATAN terhadap penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli semakin rancak apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan ujian poligraf (pengesan pembohongan) terhadapnya Jumaat lalu. Perkembangan terbabit disahkan Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain yang menegaskan langkah terbabit dilakukan bagi mencari kebenaran. “Ujian itu dilakukan Unit Forensik SPRM Kuala Lumpur kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Ia dijalankan… Continue reading "Sharbinee jalani ujian poligraf"

  • Tidak ada petunjuk baru kes Sharbinee

    Kuala Terengganu: Tidak ada petunjuk baru dalam siasatan rasuah ke atas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli dan pemain lain. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu Md Yusoff Md Zain berkata, bagaimanapun siasatan kes rasuah bola sepak pemain negeri itu masih belum ditutup. “Kami bukan mahu mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi mahu mencari kebenaran dan dalam kes seperti ini,… Continue reading "Tidak ada petunjuk baru kes Sharbinee"

  • Jangan maki hamun saya – Sharbinee

    “BENAR saya melakukan kesilapan, tapi jangan maki-hamun dan tolak saya di depan ribuan penonton, saya juga ada maruah seperti orang lain,” kata penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, ketika diminta mengulas mengenai pertelingkahannya dengan jurulatih, Peter Butler ketika pertemuan dengan Kedah malam kelmarin yang berkesudahan seri 1-1. Sharbinee berkata, lebih memalukannya apabila jurulatih berasal dari England itu mengekorinya… Continue reading "Jangan maki hamun saya – Sharbinee"

  • Padah menanti Sharbinee

    KESILAPAN penjaga gol Terengganu, Ahmad Sharbinee Allawee yang membenarkan Kedah menyamakan kedudukan 1-1 dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin bakal mengundang padah kepada dirinya. “Saya memang sangat kecewa dengan tindakannya (Sharbinee). Saya juga kecewa bagi pihak seluruh rakyat Terengganu serta Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) di atas tindakannya… Continue reading "Padah menanti Sharbinee"

  • Sharbinee mangsa ilmu hitam?

    KUALA TERENGGANU: Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam? Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat bola sepak Terengganu selepas penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika beraksi dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu. Sharbinee yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang selepas pitam… Continue reading "Sharbinee mangsa ilmu hitam?"