Category: jenayah

  • Tiga jam seksa mangsa tak bersalah

    KUALA LUMPUR: “Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu,” kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa ‘tersalah culik’ oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri… Continue reading "Tiga jam seksa mangsa tak bersalah"

  • Anggota New Boyz Bakal Berdepan Hukuman Gantung

    SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu. Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya,… Continue reading "Anggota New Boyz Bakal Berdepan Hukuman Gantung"

  • Bayi melecur kena seterika

    MELAKA: Ayah dan ibu bergaduh, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang menjadi mangsa apabila terkena seterika panas dibaling ayah ke arah ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Seri Kemendor, Jasin, dekat sini. Kejadian jam 4.30 petang, Rabu lalu itu menyebabkan bayi terbabit meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur selain mukanya bengkak. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri,… Continue reading "Bayi melecur kena seterika"

  • Dua Nigeria tipu janda didakwa

    KUALA LUMPUR – Dua lelaki Nigeria yang juga ahli sindiket penipuan internet dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua tuduhan menyalahgunakan wang sebanyak RM36,000 milik seorang janda kaya yang dimasukkan ke dalam akaun bank dua individu lain pada awal tahun ini. Tertuduh pertama, Oladare Rasheed Kayode, 26, seorang pelajar kolej mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dihukum penjara… Continue reading "Dua Nigeria tipu janda didakwa"

  • Pekerja kilang kena tanggung hutang 250 Ribu

    KUALA LUMPUR – Seorang operator kilang kini bingung memikirkan nasibnya apabila diburu beberapa bank tempatan selepas kad pengenalannya yang hilang 18 tahun lalu, didakwa telah digunakan oleh individu lain untuk membuat empat pinjaman perumahan dan empat kad kredit berjumlah RM250,000. Mangsa, Noor Lela Nazri, 40, berkata, kad pengenalan tersebut hilang selepas beg tangannya diragut pada tahun 1994 di Taman Melewar,… Continue reading "Pekerja kilang kena tanggung hutang 250 Ribu"

  • Balasan serah geran rumah

    SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya. Cucu mangsa… Continue reading "Balasan serah geran rumah"

  • Guru hilang ditemui di ladang

    KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita yang hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Kinrara menghala ke Bukit Jalil Rabu lalu, ditemui dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri, kelmarin. Mangsa, Teoh Soo Kim, 56, keluar dari rumahnya kira-kira jam 7.30 pagi Rabu lalu dengan menaiki kereta Proton Saga sebelum dia gagal dihubungi keluarga. Sumber polis berkata, selepas menunggu beberapa… Continue reading "Guru hilang ditemui di ladang"

  • Duda ditipu kekasih Facebook

    KUALA LUMPUR – Seorang duda berusia 60 tahun yang kemaruk bercinta selepas terpedaya dengan ayat-ayat manis oleh ‘kekasihnya’ bergelar Myra Sayed di laman sosial Facebook sejak dua tahun lalu kerugian RM66,000 selepas ditipu satu sindiket melibatkan warga Afrika. Pengurus di sebuah syarikat swasta di sini terjebak dalam jerat percintaan itu selepas dia termakan kata-kata Myra, 31, yang mendakwa akan pulang… Continue reading "Duda ditipu kekasih Facebook"

  • ‘Sila jumpa kami’

    KLANG: “Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu. Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika… Continue reading "‘Sila jumpa kami’"

  • ‘Mereka nak jual’

    BUTTERWORTH: “Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti… Continue reading "‘Mereka nak jual’"

  • Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah

    BERLIN, Jerman – Seorang aktor porno yang digelar ‘Orang Gila Kanada’ kerana membunuh dan mengerat seorang lelaki lain dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini semalam. Pelakon lucah berkenaan, Luka Rocco Magnotta memberitahu, dia tidak akan mencabar proses ekstradisi bagi membawanya pulang ke Kanada. “Dia dibawa ke hadapan seorang hakim yang mengesahkan penangkapan tersebut,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya awam di… Continue reading "Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah"

  • Nyaris hilang anak gara-gara tinggalkan dalam kereta

    JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah menempuh detik mencemaskan apabila anaknya yang ditinggalkan dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, dilarikan seorang lelaki di Bandar Baru Kangkar Pulai dekat sini, pagi semalam. Bagaimanapun, Khazlim Saat, 35, boleh menarik nafas lega selepas anak bongsunya, Mohd Ryan Hazim, 2, berjaya ditemui sejam kemudian dan detik itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepadanya.… Continue reading "Nyaris hilang anak gara-gara tinggalkan dalam kereta"