Category: euro 2012

  • Sepanyol Raja Eropah

    Sepanyol belasah Itali 4-0 untuk menjuarai Euro 2012 dan mencatat sejarah menjadi pasukan pertama untuk memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut. Jaringan David Silva dan Jordi Alba di separuh masa pertama dan jaringan lewat Fernando Torres dan Juan Mata mengesahkan Sepanyol sebagai pasukan pertama untuk memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut, termasuk Piala Dunia 2010 dan kejohanan Euro 2008. Sepanyol membuka tirai… Continue reading "Sepanyol Raja Eropah"

  • Padah Buat Jerman Bila Balotelli Menjadi

    Penyerang Itali Mario Balotelli menjaringkan dua gol hebat untuk bantu pasukannya tewaskan Jerman di separuh akhir Euro 2012 di Warsaw. Itali mengejutkan pasukan kegemaran Jerman dan kini akan bertemu Sepanyol di perlawanan akhir  di Kiev pada hari Ahad. Itali mendahului perlawanan pada minit ke-20 apabila Balotelli menanduk masuk hantaran Antonio Cassano, yang berjaya melepasi dua pemain Jerman di sayap kiri.… Continue reading "Padah Buat Jerman Bila Balotelli Menjadi"

  • Sepanyol Kecewakan Ronaldo

    Cesc Fabregas menjaringkan sepakan penalti kemenangan untuk bantu Sepanyol tewaskan Portugal di sepakan penalti dan mara ke perlawanan akhir Euro 2012. Perlawanan itu telah tamat seri tanpa jaringan selepas masa biasa dan masa tambahan. Jaringan Fabregas membantu Sepanyol menang 4-2 di sepakan penalti selepas sepakan Bruno Alves terkena palang. Sebelum itu, Cristiano Ronaldo telah membazirkan peluang yang baik untuk memberikan… Continue reading "Sepanyol Kecewakan Ronaldo"

  • Penalti Sentiasa Menghantui England

    ENGLAND masih belum mampu untuk bergelar sebagai gergasi bola sepak Eropah. Pada kempen Euro 2012, perjuangan mereka hanya sampai ke peringkat suku akhir. Mereka ditunjuk jalan keluar oleh Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan masa tambahan. Kualiti yang ada dengan skuad kendalian Roy Hodgson itu masih belum mencukupi untuk membawa mereka mara lebih… Continue reading "Penalti Sentiasa Menghantui England"

  • Singapura Pusat Pertaruhan Bola Paling Aktif?

    SINGAPURA: Seorang lelaki bertubuh kecil yang memakai topi besbol tampak seperti pelanggan lain ketika menonton Euro 2012 di sebuah kedai kopi yang sibuk, hinggalah dia berpaling dan menawarkan pertaruhan sekali gus mendedahkan niat sebenarnya. Dia adalah ‘ulat’ untuk pertaruhan haram, satu daripada beratus-ratus yang wujud di Singapura, seorang daripada rangkaian jenayah yang mengaut keuntungan berjuta-juta dolar sehari di seluruh Asia… Continue reading "Singapura Pusat Pertaruhan Bola Paling Aktif?"

  • Ronaldo Sudah Cakap Besar

    DONETSK, Ukraine – Pemain bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mula bercakap besar. Semalam, bintang Real Madrid itu memberitahu, pasukannya lebih layak mara ke final Euro 2012 berbanding Sepanyol. Kedua-dua pasukan bakal berentap di Donbass Arena, Donetsk awal pagi Jumaat ini, namun Ronaldo percaya pasukannya memiliki kelebihan untuk menyambar slot ke final. Sebelum ini, Ronaldo berjaya menutup mulut pengkritik apabila kembali bangkit… Continue reading "Ronaldo Sudah Cakap Besar"

  • Gerrard kecewa selepas England tersingkir

    Ketua pasukan England Steven Gerrard mengakui beliau sangat kecewa selepas England disingkirkan dari Euro 2012 oleh ItaliEngland ditewaskan 4-2 di sepakan penalti selepas perlawanan tamat seri tanpa jaringan. Ia merupakan satu lagi kekecewaan sepakan penalti di sebuah pertandingan utama selepas mereka juga disingkirkan pada tahun 1990, 1996, 1998, 2004 dan 2006. Dan walaupun Gerrard memuji usaha pasukannya, beliau mengakui ia… Continue reading "Gerrard kecewa selepas England tersingkir"

  • Badi Penalti England Belum Berakhir

    Itali akan bertemu Jerman di separuh akhir Euro 2012 selepas menewaskan England di sepakan penalti.Ashley Young dan Ashley Cole gagal untuk menjaringkan sepakan penalti mereka selepas perlawanan tamat tanpa jaringan untuk kedua-dua pasukan walaupun Itali menguasai perlawanan dan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Walaupun perlawanan itu tamat tanpa jaringan, kedua-dua pasukan memulakan dengan baik dan mempunyai beberapa peluang untuk… Continue reading "Badi Penalti England Belum Berakhir"

  • Alonso Wira Sepanyol

    Xabi Alonso menjaringkan dua gol dalam dalam penampilan ke 100 beliau dengan kemenangan 2-0 ke atas Sepanyol dalam perlawanan suku akhir Euro 2012. Sepanyol akan bertemu Portugal pada hari Rabu di Donetsk dalam separuh akhir pertama dengan matlamat meraih kemenangan kejuaraan ketiga berturut-turut. Gol pembukaan hasil permainan satu sentuhan oleh Andres Iniesta yang telah memberi bola kepada Jordi Alba yang… Continue reading "Alonso Wira Sepanyol"

  • “England mempunyai semangat Chelsea”

    Para pemain England yakin mereka boleh bermain dengan semangat Chelsea dan pergi jauh di kojohanan Euros, menurut Scott Parker. Perbandingan telah dibuat antara England dan Chelsea walaupun sebelum mereka memulakan kejohanan itu, dengan kedua-dua pasukan itu diambil ringan selepas terpaksa melantik pengurus baru. Tetapi Chelsea berjaya memenangi Liga Juara-Juara di bawah pimpinan Roberto Di Matteo, dan England kini kelihatan telah… Continue reading "“England mempunyai semangat Chelsea”"

  • Lelaki berjaga 11 malam demi Euro 2012 mati

    BEIJING: Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau. Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan… Continue reading "Lelaki berjaga 11 malam demi Euro 2012 mati"

  • Jerman tunjukkan kekuatan mereka

    Jerman belasah Greece 4-2 pada hari Jumaat untuk mara ke separuh akhir Euro 2012. Jerman, yang menjadi pasukan pilihan ramai untuk memenangi perlawanan ini, menguasai separuh masa pertama menentang sebuah pasukan Greece yang bermain dengan defensif dari mula perlawanan. Jerman mendahului perlawanan apabila ketua pasukan Phillip Lahm merembat bola masuk dari luar kotak penalti enam minit sebelum masa rehat. Greece,… Continue reading "Jerman tunjukkan kekuatan mereka"