Category: colombia

  • Radamel Falcao tidak akan beraksi di Piala Dunia

    Penyerang handalan Columbia, Radamel Falcao, disahkan tidak dapat beraksi di Piala Dunia. Jurulatih Jose Pekerman memutuskan tidak memasukkan nama striker AS Monaco itu ke dalam skuadnyake Brazil. Sejak menjalani pembedahan lutut  Januari lalu, peluang Falcao ke Piala Dunia memang menjadi tanda tanya. Falcao mengakui begitu kecewa dengan kegagalannya menyertai skuad ke Brazil. Bagaimanapun, ia tetap berangkat ke Brazil untuk memberi sokongan kepada rakan-rakannya.