Connect with us

Isu Semasa

“Dedah Status Penipu & Curang ..”- Zizi Kirana Akhirnya Jelaskan Status Hubungannya Dgn Yusof Bahrin

Published

on

PENYANYI Zizi Kirana menjelaskan ciapan mengenai curang yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya tiada kaitan dengan kehidupan peribadi.

Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, berkata dia menulis mengenai perkara itu kerana terlalu mengikut emosi selepas menonton sinetron Indonesia berjudul Mendua iaitu adaptasi daripada drama Doctor Foster yang memaparkan kisah kecurangan seorang lelaki.

Kata Zizi lagi, status dibuat itu tidak ada kena mengena dengan suaminya iaitu Yusof Bahrin, bahkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Ya Allah, kami baik-baik sahajalah. Saya tweet tu sebab geram tengah tengok drama Indonesia, Mendua.

“Drama tu berkisarkan tentang lelaki curang. Biasalah perempuan kan. Baru episod dua saya dah geram,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Advertisement

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pijak ini menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada media sosial dan membuat andaian sendiri.

“Apa yang saya boleh cakap, jangan percaya 100 peratus dekat media sosial tu.

“Kita kena pilih apa yang kita nak percaya. Paling penting, jangan cepat buat andaian tanpa usul periksa,” ujarnya.

Terdahulu, Zizi menulis kapsyen di Twitter mengenai individu yang sering berlaku curang dan penipu.

Hantaran yang dibuat mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang ingin tahu kepada siapakan muat naik itu ditujukan.

Advertisement

“Orang yang curang akan selalu berlaku curang, si penipu akan selalu menipu dan mereka akan mempertikaikan mengapa hidup ini begitu teruk,” tulisnya.

Baru-baru ini, penyanyi Zizi Kirana menulis ciapan mengenai individu yang curang serta penipu di akaun Twitter miliknya. Eh, kenapa tu?

Tweet Zizi Kirana

Menerusi ciapan berkenaan, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil sedang bercakap mengenai seorang individu yang sering curang dan penipu.

Tambahnya lagi, individu seperti ini akan mempertikaikan mengapa hidup mereka begitu ‘teruk’.

Orang yang curang akan selalu curang, penipu akan selalu menipu dan mereka tertanya-tanya kenapa hidup mereka teruk?

Advertisement

Sekadar info, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan selama dua bulan ketika mereka terlibat dalam program All Together Now Malaysia (ATNM).

Penyanyi Zizi Kirana yang selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin mengakui tertarik dan menyenangi sikap suaminya yang sopan santun dan matang.

Zizi, 36, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, suaminya juga tidak menjadikan perbezaan umur tujuh tahun antara mereka sebagai isu utama.

“Kami hanya berkenalan selama dua bulan dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tarikh 29 Ogos lalu kami bertunang secara virtual. Saya senang dengan Yusuf kerana dia lelaki yang sopan dan matang berbanding usianya.

“Yusuf menerima saya seadanya walaupun saya lebih tua daripada dia. Saya tak rasa kekok dan janggal dengan Yusuf biarpun dia lebih muda. Lagipun saya kan suka lelaki yang lebih muda, saya suka ‘anak ikan’,” seloroh Zizi.

Advertisement

Sebelumnya pasangan itu selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, di sini pada jam 10.40 pagi, hari ini.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pada majlis itu, Zizi juga penyanyi lagu Eh! menerima mas kahwin RM300, cincin, gelang tangan dan senaskhah al-Quran.

Berkongsi mengenai perancangan cahaya mata, Yusuf menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

“Soal anak, kami tak meletakkan sebarang sasaran. Kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima. Kami serahkan kepada Allah saja.

Advertisement

“Sejujurnya, saya merancang nak kahwin pada usia 35 tahun apabila sudah ada rumah sendiri dan bisnes. Tetapi ini adalah aturan Allah, hati saya digerakkan untuk berkahwin pada usia sekarang. Kalau ikut karakter pun, saya yang nampak lebih tua berbanding Zizi.

“Jodoh sudah tertulis jadi umur tidak penting. Apa yang penting adalah hati yang ikhlas dan jujur. Saya suka perwatakan Zizi yang sangat bersahaja. Perkara itu membuatkan saya terpikat. Zizi juga seorang yang baik hati dan menghormati orang tua. Cara dia cakap dengan saya pun sangat lembut. Tapi, bila cakap dengan kawan-kawan, caranya macam gangster pula,” katanya.

Bercakap soal bulan madu, Zizi berkata belum merancang untuk bercuti. Bagaimanapun, mereka merancang untuk menunaikan umrah.

“Insya Allah, impian untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah apabila sempadan antarabangsa dibuka kelak,” katanya.

Zizi dilihat anggun mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Advertisement

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar. Kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah. Semuanya dilakukan saat-saat akhir. Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan. Doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

“Insya-Allah, kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” katanya.

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending