Connect with us

Isu Semasa

“Berjerawat pun tapi..”- Wajah Sweet Qismina Tanpa Mekap Jadi Perhatian Peminat

Published

on

Nama pelakon Sweet Qismina tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum mengetahui dia seorang selebriti yang bergiat aktif dalam industri hiburan sejak kecil lagi.

Antara drama bersiri yang dilakonkan oleh pelakon berusia 25 tahun ini ialah Hikayat Putera Shazlan sebagai Fasha iaitu kakak kepada Shazlan (lakonan Fimie Don) dan Adam Chempaka serta Bidadari Salju yang menjadi kegilaan ramai.

Bukan sahaja berbakat besar dalam dunia lakonan, ramai juga memuji sikapnya bersahaja selain sentiasa nampak cantik walaupun tidak mengenakan solekan tebal seperti kebanyakan selebriti lain.

Tidak cukup dengan dunia lakonan, isteri kepada pelakon, Adam Lee ini turut memberanikan diri mencuba bidang nyanyian yang sudah menjadi impiannya dari dulu dengan mempertaruhkan lagu berjudul Namo sebagai single pertama.

Sweet Qismina tanpa solekan

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan wajah sebenar Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi tanpa secalit solekan sebelum ditatarias oleh jurusolek profesional.

Advertisement

Difahamkan, anak kelahiran Muar, Johor itu sedang bersiap bagi sebuah program realiti nyanyian kanak-kanak iaitu Bintang Kecil 2022 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi peringkat separuh akhir.

Muka berjerawat pun nampak cantik

Hantaran itu mendapat perhatian warganet di mana ada peminat mengatakan wajah Sweet tetap nampak cantik meskipun ‘togel’ tanpa secalit solekan sehingga menampakkan jerawat.

Macam muka suami pun ada…

Selain itu, mereka juga menyamakan wajah Sweet tanpa solekan dengan suaminya, Adam Lee.

Kuasa mekap

Dalam pada itu, ada juga netizen seakan memandang rendah dengan wajah sebenar Sweet tanpa solekan.

Hmm, tidak kisahlah sama ada cantik atau tidak, paling penting adalah sentiasa bangga dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai kecantikan memandangkan ia bersifat subjektif.

Advertisement

Sumber: TikTok @paulinapaulinane

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending