Isu Semasa
Umur Masuk 50 Tahun, Sekali Doktor Beritahu Nora Ariffin Pasal Hamil Buat Ramai Terkejut

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat bagi menambah zuriat walaupun doktor memaklumkan dia masih boleh berbadan dua selepas setahun berkahwin dengan suami Dr Rushdi Ramli.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 49 tahun itu berkata, ini kerana dia gembira dengan kehidupan yang dimiliki dengan kehadiran anak-anak dan cucu.
“Doktor kata boleh tambah lagi… Putri (anaknya) kata, No no! Tak nak.
“Cukuplah bagi dekat orang muda sahaja. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.
Bakal memasuki fasa 50-an, penyanyi lagu Hanya Satu itu memilih untuk fokus terhadap amal ibadah selain menjalani kehidupan bersama suami tercinta.
“Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan & support suami itu lebih baik,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.
Sebelum itu, dia berkahwin dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak namun arwah suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019 pula, Nora sekali lagi diduga apabila anak keduanya Muhammad Syakir Aliff meninggal dunia secara mengejut.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
- Isu Semasa1 month ago
Akhirnya, Ziana Zain Makin Bahaya. Kali Ni Bocorkan Siapa Calon Isteri Anwar Zain
- Isu Semasa1 month ago
“Berjerawat pun tapi..”- Wajah Sweet Qismina Tanpa Mekap Jadi Perhatian Peminat
- Isu Semasa1 month ago
Alhamdullilah, Nad Zainal Dah Keluar ICU, Ketawa & Dah Jalan, Perkara Ini Dirahsiakan Sebab…
- Isu Semasa1 month ago
Selepas Elektrik Dimatikan, Rupanya Ini Tindakan Pertama Pacik Faizul Bila Nampak Anak Dah Tak Bernyawa