Connect with us

Isu Semasa

“Sy Dh Biasa Hidup Selesa ‘high maintenance..”- Wanna Ali Hanya Mahu Kahwin Dgn Lelaki Berduit

Published

on

Pelakon Wanna Ali sudah menetapkan jodohnya kelak hendaklah seorang yang mampu memberikan kesenangan hidup buatnya.

Memetik laporan Harian Metro, Wanna atau nama sebenar Nor Syazwana Mohd Ali memberitahu itu antara kriteria wajib bagi lelaki yang ingin mendekatinya.

“Sekarang saya mencari lelaki yang boleh bimbing saya dunia dan akhirat. Ibu bapa saya sendiri pun pastinya nakkan calon menantu yang kewangan stabil, kesimpulannya boleh jaga saya lebih baik berbanding mereka.

“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’. Sebab saya sudah biasa hidup selesa. Jadi kalau saya berkahwin dan hidup dalam kesusahan, saya takkan biarkan itu berlaku.

“Lagi pula, itu bukannya saya tak mampu menyara diri pun dan saya ada hak untuk memiliki ‘high maintenance’. Sebab saya sendiri yang memastikan hal itu dijaga dengan rapi,” katanya.

Advertisement

Menurut pelakon Adakah Engkau Menungguku ini, dia sudah hidup berdikari sejak tamat zaman persekolahan dan disebabkan itu dia akan pastikan calon suami wajib beri keselesaan hidup buatnya.

“Sewaktu habis sekolah dan berada di universiti pun, saya bekerja sendiri cari duit. Ibu cuma bagi duit tuisyen dan belanja yang lain-lain, saya tanggung sendiri.

“Jadi, kalau saya berjodoh dengan lelaki yang tak boleh berikan apa saya boleh berikan kepada diri sendiri, kenapa saya perlu lelaki sebegitu?,” katanya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending