Connect with us

Isu Semasa

Tahniah, Pelakon Terkenal Julia Farhana Sah Bergelar Isteri Kepada Lelaki Berpangkat Doktor

Published

on

Pelakon Julia Farhana Marin sah bergelar isteri kepada seorang doktor dan juga bekas isteri pelakon wanita, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Memilih tarikh cantik iaitu 20.12.22, pasangan tersebut telah selamat diijab qabul pada hari ini dalam suasana yang cukup tenang.

Menerusi perkongsian di Instagram Julia Farhana, Julia dan Dr Hafiz dilihat segak mengenakan busana berwarna putih dan masing-masing sangat padan seperti pinang dibelah dua.

Sebelum ini, Enggan memperincikan tarikh sebenar perkahwinan, Julia memaklumkan persiapan menjelang hari bahagianya itu sudah mencapai 90 peratus.

“Saya seorang yang mementingkan privasi, perkongsian kebanyakkannya hanya mengenai kerjaya saja. Malah, berita mengenai perkahwinan pun bukan keluar dari mulut saya sendiri sebaliknya pihak lain.

Advertisement

“Apa yang boleh saya beritahu adalah hari bahagia kami sudah begitu hampir dan persiapan juga hampir 90 peratus. Semoga semuanya dipermudahkan.

“Malah, saya dan bakal suami juga turut membahagikan tugas masing-masing memandangkan kami berdua sibuk. Hendak ‘dating’ pun tiada masa, sehinggakan tidak ingat bila kali terakhir kami berjumpa,” katanya.

Julia berkongsi debaran menjelang hari bahagianya ketika ditemui di majlis pelancaran Flagship Store Rizman Ruzaini yang bertempat di Hotel Four Seasons, di sini, semalam.

Selain Julia, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan lain seperti Hawa Rizwana, Uyaina Arshad dan Afifah Nasir.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Rizman turut mengumumkan perlancaran koleksi RR RTW Musim Luruh/Sejuk 2022.

Advertisement

Sempena pembukaan Butik RR FlagShip Store ini, Rizman Ruzaini juga menawarkan potongan harga besar-besaran dalam menghargai pelanggan mereka.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending