Connect with us

Isu Semasa

Mohon Doakan, Tajul Dikejarkan Ke Hospital dan Kini Disahkan Begini Keadaannya…

Published

on

PENYANYI Tajul terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada Isnin akibat mengalami cedera parah di bahagian tangan kanan selepas terkena kaca almari baju yang tiba-tiba pecah.

Isteri Tajul iaitu Nurul Shamieza berkata, ketika kejadian Tajul menarik gelongsor almari yang mempunyai cermin di bahagian luar sebelum ia tiba-tiba pecah dan kacanya tersusuk ke bahagian tangannya.

Ketika ini beritahu Shamieza, Tajul sedang menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan sementara menunggu keputusan pemeriksaan untuk rawatan lanjut.

“Susah nak cakap bagaimana kejadian berlaku tetapi saya boleh katakan tangannya luka selepas terkena kaca almari baju yang pecah… Kejadian berlaku sekitar pukul 7 petang tadi.

“Pada awalnya saya bawa ke klinik berhampiran namun doktor minta terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada terdapat serpihan kaca yang terbenam di bahagian luka.

Advertisement

“Sekarang masih di unit kecemasan dan doktor sudah mencuci bahagian luka dan masih menanti keputusan X-ray,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang Tajul, Shamieza berkata, suaminya itu pada awalnya berdegil tidak mahu ke hospital kerana menyangka keadaannya tidak teruk.

Bagaimanapun setibanya di rumah dari klinik, Tajul tiba-tiba pengsan dan mengambil keputusan untuk terus ke unit kecemasan.

“Dia ingatkan tiada masalah besar. Dia degil tak mahu ke hospital. Kemudian tiba-tiba sahaja dia pengsan… itu yang saya terus bawanya ke hospital.

“Dalam keadaan kelam kabut saya terpaksa minta bantuan jiran untuk menjaga anak di rumah,” jelasnya.

Advertisement

Tambah Shamieza, disebabkan Tajul kehilangan banyak darah menjadi punca dia pengsan selain badan menjadi lemah dan wajahnya bertukar menjadi biru.

Terdahulu Shamieza berkongsi mengenai kejadian itu di Instagram miliknya.

Disebabkan insiden tersebut, Tajul terpaksa membatalkan penggambaran bersama sebuah stesen televisyen swasta yang sepatutnya dijadualkan pada Selasa (esok).

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending