Connect with us

Isu Semasa

Kes Saman Kakak Ipar, Mhkamah Akhirnya Tolak Rayuan Ali Puteh & Ini Hukuman Yg Dikenakan

Published

on

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak rayuan pelawak, Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Siti Norhidayah Mohd Ali.

Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Februari lalu, kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman mereka terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, Februari lalu selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.

Advertisement

Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini.

“Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam prosiding itu, Norhidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad.

Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Advertisement

Dia juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman fitnah terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Norhidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Advertisement
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending