Connect with us

Isu Semasa

“Kasihan Isteri Baru Syamsul, Kahwin Tiada Majlis Seperti ‘Cowboy’..” – Puteri Sarah

Published

on

“Kasihan isteri baru, kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’” -Puteri Sara

Kemelut rumah tangga selebriti, Puteri Sarah Liyana dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian ramai ketika ini.

Mana tidaknya, Puteri Sarah dengan terbuka memberitahu beberapa hal termasuklah dakwaan Syamsul sudah bernikah dengan seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar di ruangan Insta Story miliknya.

Dah lama ‘move on’
Susulan daripada itu, menerusi Berita Harian, pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengatakan sebenarnya dia sudah lama mendapat mesej mengatakan suaminya telah bernikah dengan pihak ketiga, namun tidak terkejut apabila Syamsul bermatian menafikan dakwaan tersebut.

Tambah wanita kuat itu, dia sebenarnya sudah tidak peduli dan sudah lama ‘move on’ daripada drama rumah tangga yang dihadapinya.

Advertisement

Jujurnya, saya tidak peduli dengan apa yang nak berlaku.

“Saya sudah lama ‘move on’, cuma sebagai wanita yang masih bergelar isteri, tentunya saya mahukan kebenaran.

“Kepada Syamsul, mengaku sahajalah. Benda baik jangan disorok boleh menimbulkan fitnah.

“Bagi saya, lagi banyak kesilapan yang mahu ditutup, lagi banyak kebenaran akan terdedah. Percayalah, ini semua kuasa doa isteri dan ibunya, Datin Patimah Ismail yang baru pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci,” ujarnya.

Kasihan tiada majlis kahwin

Advertisement

Tambahnya, dia berasa kasihan kepada ‘pihak ketiga’ kerana jika sudah berkahwin, pasti majlis yang berlangsung dibuat seperti ‘cowboy’.

Jadi, dia berharap mereka mengaku sahajalah dan dia juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu sejauh mana hubungan mereka.

Jika betul kahwin, Alhamdulillah. Bagus, sebab tidaklah menanggung dosa.

“Saya juga tidak mahu dianggap bersubahat jika tahu tahap mana hubungan mereka.

“Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’,” katanya.

Advertisement

Sampai bila nak sorok?
Ujarnya lagi, dia sudah reda dengan takdir tersebut dan cuma meminta agar mereka mengaku berkenaan isu tersebut kerana lama kelamaan orang lain dapat menhidu juga.

“Sampai bila nak sorok, sedangkan orang sudah mula menghidu?

“Kalau dahulu, saya selidik sampai lubang cacing sebab nak tahu kebenaran, tetapi sekarang, semua maklumat datang tanpa diminta.

“Jujurnya, saya sudah lama reda dan berserah kepada Allah sebaik menunaikan umrah pada Ramadan lalu. Saya terima dengan berlapang dada apa pun yang Allah nak tunjuk,” katanya.

Akan selesaikan balik dari Tokyo
Puteri Sarah juga dengan tegas mengatakan akan menyelesaikan segala permasalahan ini sekembalinya dia dan anak-anak dari bercuti di Tokyo awal tahun hadapan.

Advertisement

Dia juga mahukan ‘titik noktah’ dalam perhubungannya kerana mahukan kehidupan yang lebih aman bersama anak-anak.

Saya akan uruskan apa yang sepatutnya diselesaikan. Tengoklah apa keputusan saya.

“Saya juga mahukan ‘titik noktah’ agar boleh meneruskan hidup bersama anak dengan aman.

“Sekarang, berilah saya masa bertenang, sambil bercuti dengan anak ke Tokyo dulu,” katanya.

Terdahulu, pelakon kelahiran London itu telah menggesa suaminya supaya menyatakan dengan jujur berkenaan statusnya dengan Ira Kazar kerana sudah muak dengan penafian setelah Syamsul mengatakan bahawa dirinya tidak bernikah lain.

Advertisement

Dia juga akan menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana mendedahkan butiran tidak tepat kepada keluarganya sehingga mendatangkan fitnah.

Sumber: Berita Harian (Raja Nurfatimah Mawar Mohamed)

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending