Isu Semasa
“Kamu Bukan Agamawan” – Dakwa Difitnah, Ustzh Afifah & Suami Mahu Saman, Nama UAI & Amin Idris Antara Yg Dipetik

Nama Ustazah Afifah bukanlah satu nama asing lagi di media sosial apabila dia sering terpalit dengan kontroversi kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkaitan agama Islam.
Terbaharu, Siti Afifah dan suaminya, Zaidi Tohrin memaklumkan bahawa akan memfailkan saman kepada pihak tertentu yang didakwa mempermainkan mereka.
Perkara itu diluahkan oleh Zaidi menerusi satu video yang dimuat naik, di mana dia mendakwa sudah lama bersabar dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada dia dan isteri.
Sebenarnya dah berbulan-bulan menahan sabar, kami nak sebut tapi peguam kata jangan, nanti di mahkamah…
…Tetapi malam ini, cukuplah kamu memperolok-olokkan ulama (merujuk kepada diri mereka). Kami bersabar dengan tohmahan kamu, dengan fitnah yang kamu lontarkan. Kamu mempermain-mainkan, kamu bukan agamawan!”
Dalam pada itu, nama pendakwah bebas terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Amin Idris turut antara yang disebut oleh Zaidi berkaitan dakwaan fitnah yang diterimanya.
Sekadar info, Siti Afifah sebelum ini pernah dikritik warganet apabila melabelkan para suami sebagai dayus sekiranya membiarkan isteri mereka bersalin di hadapan doktor lelaki.
Selain itu, Siti Afifah juga pernah berkata, hukum mengambil ubat tahan sakit (painkiller) adalah haram kerana bercanggah dengan hukum Islam.
- Isu Semasa1 month ago
Akhirnya, Ziana Zain Makin Bahaya. Kali Ni Bocorkan Siapa Calon Isteri Anwar Zain
- Isu Semasa1 month ago
“Berjerawat pun tapi..”- Wajah Sweet Qismina Tanpa Mekap Jadi Perhatian Peminat
- Isu Semasa1 month ago
Alhamdullilah, Nad Zainal Dah Keluar ICU, Ketawa & Dah Jalan, Perkara Ini Dirahsiakan Sebab…
- Isu Semasa1 month ago
Selepas Elektrik Dimatikan, Rupanya Ini Tindakan Pertama Pacik Faizul Bila Nampak Anak Dah Tak Bernyawa