Connect with us

Isu Semasa

“Apa saja mslh, kami mmg tdk berbincang..”- 15 Thn Berkhwin, Tak Sangka Lisdawati Dedah Perangai Sebenar Fauzi Nawawi

Published

on

Pelakon Lisdawati mengakui terdapat cabaran untuk mengekalkan keharmonian dalam rumah tangganya sehingga berjaya menjalani alam perkahwinan selama 15 tahun.

Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia terpaksa bersabar bagi menangani sikap ‘panas baran’ suaminya Fauzi Nawawi sewaktu awal perkahwinan.

“Alhamdulillah, usia perkahwinan kami kini mencecah 15 tahun. Setiap lima tahun ada cabarannya. Saya tahu suami jenis cepat ‘panas’ (pemarah), jadi saya kena tahu untuk hadapinya.

“Lapan tahun pertama perkahwinan, kesabaran saya teruji dengan sikap suami. Tapi selepas berdoa, alhamdulillah dia banyak berubah,” katanya.

Lisdawati berkata, dia bersyukur suaminya yang juga seorang aktor kini sudah berubah menjadi lebih tenang meskipun belum 100%.

Advertisement

“Doa seorang isteri memang terbaik. Sekarang suami lebih ‘cool’. Sikit-sikit biasalah. Kalau tanya saya, 70 peratus sifat suami telah berubah daripada seorang yang panas baran, jadi lebih tenang.

“Saya tidak boleh ubah diri suami 100 peratus sebab saya sendiri pun ada kekurangan dan kelemahan. Apa yang penting kami saling menerima,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu mengambil pendekatan bagi berkomunikasi melalui mesej telefon berbanding bersemuka sekiranya berlaku salah faham.

“Sejak dahulu kami memang tidak berbincang depan-depan jika berlaku salah faham. Apa sahaja masalah, kami berbincang melalui SMS (dahulu) dan sekarang melalui WhatsApp.

“Kami elak pertelingkahan lidah sebab takut akan bertindak di luar jangkaan. Sampai sekarang kami amalkan cara begitu.

Advertisement

“Selepas hati kami sejuk, barulah saya dan suami bersemuka untuk berbincang dan saling bermaaf-maafan,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, pemilik nama Nisdawati Nazaruddin itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya,13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.

Dia juga juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan pertama Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27; Fareez Hazwan, 25; Nurul Hana Farisya, 23; dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending