Connect with us

Isu Semasa

“Anak Aku Tak Ternilai..”- Kos Majlis Kahwin Anak 15 Juta, Tak Sangka Ini Kata2 Ibu Reen Rahim

Published

on

Pelakon Reen Rahim mendedahkan yang ibunya tidak meminta hantaran yang banyak untuk majlis perkahwinan dengan Mr. H yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut pelakon yang berusia 34 tahun itu, ibunya hanya mahukan bakal suami Reen memberikan senaskhah Al-Quran berserta dengan barang kemas sahaja.

Saya tak pasti boleh cerita atau tidak… tetapi ketika bertunang, ibu saya jawab mengenai hantaran. Ibu kata: ‘Anak aku tak ternilai’ dan menurut ibu dia hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskhah Al-Quran yang telah dikhatamkan.

“Selain Al-Quran, ibu juga meminta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai permintaan ibunya, Reen berkata, dia bersetuju dengan apa yang diminta oleh ibunya kepada bakal suami.

Advertisement

“Saya sebenarnya suka (dengan permintaan ibunya) sebab saya tidak boleh minta dia jadi suami yang baik… suami yang boleh jaga saya, tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.

Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT. Jadu dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Reen berkata, bakal suaminya kini sedang menghabiskan bacaan Al-Quran dan sering meminta pandangan mereka yang arif mengenai bacaannya.

“Dia ok dengan permintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” tutup Reen.

Terdahulu, Reen mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali Mr H pada hujung tahun ini.

Advertisement

Bagaimanapun, Reen belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi dan identiti jejaka yang lebih muda daripadanya itu kerana mahu menjaga privasi dan mengelakkan penyakit ‘Ain.

Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending