Connect with us

Isu Semasa

Alhamdullilah, Nad Zainal Dah Keluar ICU, Ketawa & Dah Jalan, Perkara Ini Dirahsiakan Sebab…

Published

on

Pelakon Nad Zainal kini  beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat pendarahan paru-paru. Berkongsi perkembangan terkini, pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin berkata, pelakon Cinta Buta itu sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.  “Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masih belum begitu kuat.

“Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujar pengarah Nur itu.Shahrulezad juga menjelaskan, dia memilih untuk tidak kerap berkongsi perkembangan semasa keadaan kesihatan Nad bagi menjaga perasaan ibu bapa pelakon itu.

Tambahnya, dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.“Alasan saya tak kongsi perkembangan terkini Nad kepada umum kerana saya kasihan ibu bapa dia dan mengutamakan kesihatan Nad sendiri.

“Saya perasan jika berkongsi perkembangan terkini akan wujud rantaian berita yang bukan-bukan dan menyakitkan hati kami, terutamanya orang tua dia. “Nad anak tunggal, jadi bila berita bukan-bukan bersepah sana-sini bayangkan perasaan ibu bapa dia berdepan fitnah.

Advertisement

“Mereka tiada anak lain yang boleh bantu mereka menepis rasa cemas bila cerita fasal Nad keluar. Jadi saya dan rakan-rakan tapis dahulu dan kurangkan update fasal Nad melainkan untuk kami sahaja.,” ujarnya.

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Ibu tunggal anak dua itu juga ditidurkan sebagai satu proses rawatan supaya paru-parunya kembali berfungsi dengan baik.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending