Connect with us

Isu Semasa

Akhirnya, Ziana Zain Makin Bahaya. Kali Ni Bocorkan Siapa Calon Isteri Anwar Zain

Published

on

Usah tak tahu, Ziana Zain b0cor rahsia ciri-ciri calon isteri kepada adik kesayangannya eksklusif bersama majalah Nona.

Seronok melihat hubungan akrab antara pasangan adik-beradik selebriti ini. Usik-mengusik sepanjang pertemuan kami dahulu sememangnya menjadi kenangan indah.

Paling istimewa apabila kedua-dua penyanyi ini saling ‘belanja’ lagu masing-masing. Memang terhibur mendengar lagu secara live tanpa iringan muzik.

Dalam pada itu, sempat juga Nona mencungkil rahsia ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain untuk dijadikan sebagai isteri. Namun, Nona ‘menggunakan’ Ziana Zain untuk bertanyakan soalan tersebut.

“Apa yang wanita perlu tahu untuk jadi isteri Anuar Zain?” tanya Ziana Zain bocor rahsia adiknya.

Advertisement

Jawab Anuar, “Saya ni sebenarnya sangat simple anda tak perlu masak kita makan kat luar sebab saya enjoy makan di luar. Masak tak perlu anda rilek-rilek sahaja tak perlu bersusah payah basuh baju kita hantar laundry sahaja,” ulas Anuar tentang pertanyaan kakak kesayangannya.

Apabila Anuar ditanya oleh Ziana tentang rasa kagumnya terhadap kakaknya, “Saya tengok kakak saya ini bila dia terjun dalam industri seni dari hujung rambut sampai hujung kaki dia sangat teliti.

Itu yang saya nampak it’s not about nyanyi sahaja tapi bila saya perhatikan kakak saya dia harus ‘tele’ dengan konsep dia, lagu-lagu dia.

Kakak saya juga seorang yang sangat rajin dan tidak pernah lelah untuk bekerja yang harus menjadi ikutan untuk orang ramai. Saya begitu bangga dengan kakak saya,” jawab Anuar dengan jujur.

Lagu Ziana Zain yang jadi kegemaran Anuar Zain?

Advertisement

Lagu paling favorite bagi saya ialah lagu Menadah Gerimis. Lagu itu kualiti sangat tinggi seperti lagu-lagu yang lain di dalam album tapi lagu Menadah Gerimis ini sangat menyentuh saya.

Sempat juga bertanya soalan nakal berapa kali Anuar Zain melihat dirinya di cermin. “Dua atau tiga kali sahaja sehari. Lepas mandi bersiap sekejap lepas tu kalau nampak cermin dekat mall ke dekat cafe tu tengoklah sikit,” ujar Anuar sambil tertawa.

Mula memeriahkan industri hiburan dengan lagu Kain Pelekat dendangan bersama Elina. Pengalaman yang dikutip sejak remaja bergelar anak seni sudah tentu mematangkan Anuar dan terus optimis memperjuangkan karya seninya. Anuar turut berada dalam perubahan arus perkembangan muzik sehingga pada zaman muzik di internet.

“Memang banyak perbezaan muzik 10 tahun lalu dengan sekarang. Daripada zaman kaset, cakera padat dan kini hanya boleh diperoleh di internet sahaja. Sekarang juga lebih mudah untuk menceburkan diri di dalam bidang seni dengan adanya berbagai-bagai platform bagi mencari ruang di dalam industri hiburan.

Advertisement
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending