Wanita potong kemaluan suami kerana curang dan mahu menikah lagi

JAKARTA – Seorang guru sekolah rendah di Jawa Barat, Indonesia dimasukkan ke hospital setelah kemaluannya dipotong oleh isteri gara-gara dituduh mahu menikah lagi, lapor laman berita Suara.com.

Lelaki bernama E berusia 46 tahun itu hilang kemaluan pada Sabtu lalu. Pelakunya merupakan isterinya sendiri iaitu YN yang berusia 42 tahun.

Selepas ditahan, YN mengaku kepada polis bahawa dia memotong kemaluan suaminya kerana mengesyaki lelaki itu mahu berkahwin dengan wanita lain.



“Mereka hidup sebagai suami isteri melalui sejak tujuh tahun lalu. Pelaku berkata, dia cemburu suaminya curang dan mahu berkahwin lagi,” kata Ketua Polis Daerah Cikarang, Kompol Mustakim.

Kejadian bermula ketika mangsa sedang tidur di rumah sewa mereka. Tiba-tiba E terasa seseorang menarik seluar pendeknya.

Seketika, dia melihat isterinya berada di sebelah kiri katil sambil membawa pisau. Tidak lama kemudian, mangsa ternampak pelaku menghiris kemaluan dan kaki kirinya.





Selepas kemaluannya dipotong, E menjerit kesakitan sambil berlari ke jalan untuk meminta pertolongan.

Menurut Mustakim, sebelum YN melakukan perbuatan itu, dia pernah melihat kandungan telefon bimbit suaminya.





“Melalui telefon bimbit, pelaku mengetahui mangsa mempunyai hubungan dengan wanita lain,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan perubatan, E mengalami empat luka di kaki dan kemaluan. YN sendiri segera menyerah diri kepada Polis Cikarang Barat.

“Anggota kami kemudian mengambil pelaku di balai polis. Kami turut merampas sebilah gunting,” katanya. – AGENSI