Selepas Ratu Elizabeth II, Lelaki ramal Raja Charles III pula mangkat pada 2026

LONDON – Seorang lelaki di Britain membuat ramalan bahawa pemerintah baharu kerajaan itu, Raja Charles III akan mangkat pada 28 Mac 2026, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Lelaki itu, Logan Smith pernah meramal kemangkatan Ratu Elizabeth II dengan tepat pada Julai lalu yang mengatakan hayat baginda akan berakhir pada 8 September 2022.





Perkara tersebut dimuat naik di laman Twitter Smith yang menjadi tular dan ditangkap layar serta disebar oleh pengguna internet.

Klip pendek itu mendapat lebih 91,000 suka apabila pengguna meninggalkan komen tentang ciapan itu dengan sesetengahnya percaya bahawa ia boleh berlaku dan yang lain mendakwa bahawa ia tidak akan berlaku.

Pihak Twitter telah menggantung akaun Smith selepas ciapan tersebut tular.





“Saya harap ia tidak berlaku dan Raja Charles III akan memerintah United Kingdom sekurang-kurangnya 10 tahun,” komen seorang pengguna media sosial.

“Tiada siapa boleh meramal kemangkatan Raja Charles III dalam tempoh empat tahun lagi. Hanya Tuhan sahaja yang berhak tentukan tarikh tersebut,” kata seorang lagi. – Agensi