Selebriti ditahan amang seksual remaja bawah umur

Kuala Lumpur: Selebriti lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Dia yang berusia 40-an ditahan polis semalam, dan dibawa ke Mahkamah Klang hari ini untuk permohonan tahanan reman.



Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa remaja yang mendakwa mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Kesemua remaja itu dikenali suspek dan dia dipercayai menggunakan kaedah memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

“Mangsa yang trauma kemudian membuat laporan polis,” katanya hari ini.





Memetik laporan Boom, selebriti berkenaan yang juga berstatus pendakwah terkenal ditahan selepas beberapa mangsa yang dipercayai dicabul lelaki berkenaan datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor.

“Berdasarkan laporan mangsa-mangsa, semuanya adalah kenalan suspek dan si pelaku memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.





“Disebabkan trauma, mereka laporkan kejadian yang berlaku kepada polis,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017