Pelajar, kelindan lori ditahan babit kejadian rogol, liwat di sekolah

Kota Bharu: Polis menahan dua pelajar dan seorang kelindan lori dipercayai terbabit dalam kejadian rogol dan liwat pelajar sekolah.

Polis berkata tangkapan itu dilakukan susulan pihaknya menerima tiga laporan berkaitan kejadian itu membabitkan mangsa tiga pelajar perempuan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Dua daripada kejadian rogol terbabit berlaku di kawasan sekolah yang sama, namun membabitkan mangsa serta suspek berbeza.





Siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian itu dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.

Tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun yang juga pelajar dan kelindan lori sudah ditangkap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan sebatan.




Bagi kesalahan dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.

Pihak polis juga ingin menasihatkan kepada masyarakat di luar sana khasnya ibu bapa untuk memantau kegiatan atau aktiviti anak masing-masing bagi mengawal dan mengawasi tingkah laku anak-anak selain peranan pihak sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani jenayah berkenaan. – HMetro