Penyerang mengaku tidak salah tikam Salman Rushdie

Nama Salman Rushdie kembali mendapat perhatian komuniti antarabangsa terutamanya golongan penulis seangkatan dengannya setelah insiden beliau cedera parah ditikam beberapa kali ketika menghadiri sebuah acara di New York pada Jumaat lalu.

Kejadian menggemparkan itu seakan-akan menunjukkan ‘dendam’ selama 33 tahun akhirnya terbalas setelah beberapa cubaan bunuh ke atasnya gagal sebelum ini.



Seorang pemuda dari New Jersey Hadi Matar, 24, tidak mengaku salah menyerang penulis novel kontroversi, Salman Rushdie di sebuah mahkamah di Mayville, New York pada Sabtu

Peguamnya yang dilantik oleh mahkamah, Nathaniel Barone memberitahu Reuters tentang perkara itu.




Rushdie, 75, telah bersedia untuk menyampaikan syarahan mengenai kebebasan artistik di Chautauqua Institution di barat New York apabila polis berkata, Matar bergegas ke atas pentas dan menikam penulis kelahiran India itu.

Kerajaan Iran sebelum itu menggesa Rushdie dibunuh selepas novelnya pada 1988 ‘The Satanic Verses’ diterbitkan.




Selepas beberapa jam pembedahan di hospital, Rushdie menggunakan ventilator dan tidak dapat bercakap pada petang Jumaat, menurut ejennya, Andrew Wylie.

“Penulis novel itu berkemungkinan kehilangan penglihatan sebelah mata dan mengalami kerosakan saraf di lengan dan luka di hati,” kata Wylie menerusi e-mel. – Agensi