Lelaki pulang hadiri pengebumian abang turut maut dipatuk ular

New Delhi: Seorang lelaki yang pulang ke kampung untuk menghadiri pengebumian abangnya yang maut akibat dipatuk ular turut maut selepas dipatuk reptilia sama ketika tidur.

Portal Independent melaporkan, lelaki berusia 22 tahun dikenali sebagai Govind Mishra pulang ke kampung halaman di Bhawanipur di Bihar, India untuk menghadiri upacara terakhir abangnya, Arvind Mishra.



Arvind, 38, meninggal dunia akibat dipatuk ular, kata pegawai kanan polis Raman Singh.

Pada Khamis, lelaki itu kehilangan nyawanya selepas dipatuk ular ketika tidur.





Seorang lagi saudara lelaki berusia 22 tahun daripada dua beradik itu turut dipatuk ular itu tetapi dia dibawa ke hospital tepat pada masanya.

Polis berkata, keadaannya masih kritikal.

“Bagaimanapun, Govind didapati meninggal dunia selepas dipatuk ular dalam tidurnya,” katanya.





Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara 81,000 dan 138,000 kematian berlaku setiap tahun secara global akibat daripada terkena gigitan ular dan hampir separuh daripada kematian berkaitan dilaporkan daripada India.

Di India, kira-kira 90 peratus gigitan ular disebabkan oleh empat spesis terbesar, krait biasa, ular tedung India, ular berbisa Russell dan ular bersisik gergaji, kata agensi kesihatan global.

“Campur tangan berkesan yang membabitkan pendidikan dan penyediaan antivenom akan mengurangkan kematian akibat gigitan ular di India,” kata WHO.