Lelaki minta hutang ditetak

Bertindak atas maklumat kes mendatangkan kecederaan dengan parang berhampiran dengan rumah pangsa kos rendah Taman Mulia Jaya, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun di Ampang Putra, Taman Dagang.





Punca kejadian adalah suspek tidak puas hati apabila mangsa tuntut hutang dan maki hamun suspek.

Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai (02) rekod jenayah tidak dikehendaki. Turut dirampas sebilah parang yang digunakan semasa kejadian.




Kes disiasat mengikut Sek 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika disabitkan dengan kesalahan.

Video di sini