Batu jejambat LRT3 terjatuh ke khemah peniaga

KLANG – Suasana di kawasan pasar borong di sekitar bandar ini gempar apabila batu jejambat landasan pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) terjatuh ke khemah peniaga, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa atau kemalangan jiwa.


Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi kenyataan berkata, gerai peniaga yang terlibat telah diarahkan tutup serta-merta bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Pihak pengurusan LRT3 turut memberhentikan kerja secara serta-merta.





“Tiada sebarang kecederaan menimpa orang awam dan peniaga ketika kejadian berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku ketika pelaksanaan kerja oleh pihak Emrail Sdn. Bhd (EMSB).

“Pemeriksaan mendapati sebahagian jejambat terjatuh atas khemah di pasar tersebut.





“Pembinaan telah dihentikan dan pembersihan turut dilakukan di lokasi berkenaan,” katanya.

Tambah MPK, peniaga juga telah berpindah dan pembinaan atas landasan itu berada di luar jangkaan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.