[VIDEO] Tiga penunggang motosikal maut, tiga parah
GEORGE TOWN – Tiga penunggang motosikal dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu menghala ke pusat bandar di sini pagi tadi.
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan dan kepala kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Bagaimanapun, dua penunggang motosikal lagi dilaporkan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Kesemua mereka dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an selain dua daripadanya merupakan adik-beradik.
Ketika ini, ramai sanak-saudara dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Difahamkan kejadian berlaku kerana mangsa tidak sempat mengelak berlanggar dengan kumpulan dihadapan yang kemalangan pada awalnya.
Video 1
Video 2
Video 3
Video 4 Di sini