Kejadian Ditampar Oleh Suspek Yang Tidak Dikenali

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Daerah Kulai terkesan satu posting yang dimuatnaik di sebuah halaman Facebook yang memaparkan seorang individu dikasari oleh individu lain telah mendapat perhatian masyarakat umum.



Kejadian berkenaan berlaku pada 11/07/2022 jam L/kurang 2.18 pagi, (1) lelaki tempatan berumur 37 tahun telah datang ke balai polis untuk membuat laporan polis memberitahu bahawa semasa berada dihadapan pam minyak Caltex, Taman Putri, Kulai telah didatangi suspek (1) lelaki warga tempatan tidak dikenali menaiki m/sikal minta pengadu beredar dari kawasan pam minyak tersebut.

Suspek kemudian telah bertindak menampar muka pengadu dan membaling selipar serta cuba tendang dengan kaki untuk halau pengadu.





Siasatan pihak Polis dapati, tujuan mangsa berada di hadapan pam minyak Caltex tersebut adalah kerana hendak mencari kotak. Mangsa tidak mengenali suspek dan tidak pernah nampak suspek sebelum ini. Tiada kecederaan serius dialami mangsa hanya sakit di bahagian badan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 kanun keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maximum (1) tahun atau denda maximum RM2,000 atau kedua-duanya.




Pihak Polis daerah Kulai meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 013-4401866.

Video di sini