[VIDEO] Lelaki ditahan lakukan khianat dan ceroboh tanah perkuburan

BAGAN SERAI – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Kampung Jaya Semanggol di sini yang videonya tular di media sosial.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan hasil maklumat awam sekitar jam 9 pagi pada 9 Jun lepas.



Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, video berdurasi satu minit 21 saat itu telah dikesan dimuat naik dalam media sosial pada 8 Jun lepas.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan menceroboh dan melakukan khianat di sekitar kawasan perkuburan tesebut.




Hasil siasatan dan semakan video itu mendapati, suspek tinggal berdekatan kawasan itu.

Lelaki itu telah ditahan bagi siasatan lanjut, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.





Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

Motif kejadian masih dalam siasatan, katanya.