Tersepit dalam lif, lelaki nyaris hilang pergelangan kaki

GEORGE TOWN – Seorang lelaki nyaris kehilangan kedua-dua pergelangan kakinya selepas tersepit dalam lif antara tingkat satu ke aras bawah dalam kejadian di Flat Desa Pinang 2, Sungai Pinang di sini, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak berjaya menyelamatkan mangsa berusia 55 tahun itu daripada mengalami kecederaan serius.



Ketua Operasi BBP Jalan Perak, Sha’ari Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihak bomba mendapati mangsa yang juga penduduk flat tersebut tersepit di bahagian pintu lif antara tingkat satu ke aras bawah.

“Kita melakukan operasi dan menyelamat mangsa dengan membuka pintu lif tersebut menggunakan peralatan khas.





“Kira-kira 10 minit diperuntukan untuk mengeluarkan yang tersepit bahagian kaki itu.

Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang berjaya diselamatkan itu kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.





Seorang lelaki (dalam bulatan) terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas kakinya tersepit dalam lif di Flat Desa Pinang 2, Pulau Pinang malam tadi.

MalaysiaGazette difahamkan, lif berkenaan terus bergerak naik sejurus mangsa masuk sebelum terhenti antara aras bawah dan tingkat satu. – malaysiagazette