Connect with us

Isu Semasa

“Terima kasih semua” Ramai bantu sumbang dana untuk Zamani jumlahnya buatkan paknil terharu

Published

on

Beberapa bulan lalu, kita dikejutkan dengan keadaan penyanyi pop rock popular, Zamani Slam di mana tular sebuah video persembahan nyanyian dalam keadaan ‘bengkok’.

Difahamkan, penyanyi berusia 51 tahun itu sebenarnya menghldapi penyaklt scoliosis dan masih mendapatkan rawatan susulan sehingga kini.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penyanyi itu, seorang pengacara terkenal iaitu Aznil Datuk Aznil Haji Nawawi atau Paknil membuat keputusan untuk membantu Zamani mengumpul dana pembedahan.

Alhamdulillah, terima kasih semua
Hanya mengambil masa 24 jam sahaja, Paknil memaklumkan kutipan dana tersebut sudah ditutup dan berjaya mengumpul hampir RM60,000.

“Kutipan Bantuan Untuk Zamani telah hampir mencecah RM60K. Paknik ingin umumkan kutipan itu akan kita hentikan tepat 12 malam ini.

Advertisement

“Diharap semua pihak ambil maklum. Terima kasih atas bantuan luar biasa anda.”tulisnya pada hantaran di laman Instagram semalam.

Syukur dan terima kasih, Paknil. Perkongsian itu menerima pujian di kalangan warganet dan ramai meluahkan kesyukuran atas kesudian pengacara berusia 60 tahun itu membantu membuat kutipan dana bagi penyanyi tersebut.

“Alhamdulilah terima kasih paknil. Terima kasih juga pada rakyat Malaysia g prihatin. Anda semua
terbaik”
“Allahuakbar.rakyat Malaysia memang prihatin..terima kasih pak nil”
“Terima kasih Paknil bukak peluang ini.. Moga Paknil sentiasa dalam rahmat Allah dunia & akhirat..”

“Amin ya Allah.. Semoga Allah permudahkan
urusan pak nil juga.. Terima kasih pak nil.. Moga Allah sembuhkan zamani seperti sediakala.. Amin”
“Semoga paknil terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan kerana byk membantu artis..amin”

Sumber : OMM

Advertisement

Suara masih padu, peminat seyu lihat keadaan Zamani sekarang ni

Tahap kesihatan penyanyi legend, Zamani Slam sememangnya diketahui umum tidaklah seperti dahulu lagi. Dia juga tidak merahsiakan tahap kesihatannya dan ia terlihat melalui fizikalnya yang sedikit berubah.

Sebelum ini, Zamani pernah menjelaskan yang dia menghidapi masalah tulang belakang. Penyanyi lagu Gerimis Megundang itu juga tidak menafikan penggunakan dad4h satu ketika dahulu memberi kesan kepada penyaklt yang dihidapi kini.

Sedlh tengok keadaan Zamani
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anna Sofia, dia telah memuat naik satu rakaman video penampilan terkini penyanyi itu di satu majlis berbuka puasa.

Apa yang membuatkan ramai peminatnya sedih adalah kondisi struktur tulang belakang Zamani yang semakin membengkok.

Advertisement

Minta maaf sebab dah tak macam dulu
Dalam pada itu, Anna Sofia juga menjelaskan yang artis tersebut sempat memohon maaf di atas kondisinya yang tidak seperti dulu lagi ketika menjayakan persembahan.

Rakaman persembahan tersebut turut dikongsikan Zamani di Instagramnya dan dipenuhi dengan komen daripada peminat yang sentiasa memuji suaranya yang masih tetap merdu walaupun kondisinya semakin berbeza.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

Advertisement

Nampak agak kurang selesa dengan struktur tulang belakang
Menjengah ke ruangan komen TlkTok Anna Sofia, rata-rata warganet mengakui mengagumi sosok penyanyi tersebut walaupun ada sedikit rasa kasihan melihatnya yang masih gigih menyanyi walaupun struktur badannya kian berubah.

Mereka juga tak lepas daripada mendoakan agar kesihatan Zamani terus membaik dan kekal sihat serta terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantvnya’.

Kesian dia, lama dah saklt rasanya

Muda2 dulu handsome sangat

Advertisement

Semoga cepat sembuh Zamani

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Advertisement

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending