Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat penyanyi rock tersohor negara, Amy Search.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman ditemani gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud.





Ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berkata, pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain dari kumpulan Search.





Amy bersama rakan-rakannya itu baru saja menjayakan persembahan sempena Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun lalu.

Konsert berkenaan mendapat liputan meluas selain maklum balas positif daripada peminat-peminat setia kumpulan rock legenda negara itu.