Polis tahan wanita buat s3ks di balkoni pangsapuri

SEBUAH video menunjukkan pasangan berbogel melakukan hubungan s3ks pada siang hari di balkoni sebuah flat di bangunan yang terletak di Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong telah membawa kepada penahanan seorang wanita, kata polis pada Rabu.

Setakat pagi Rabu, polis masih giat mencari teman lelaki wanita terbabit.



Wanita berusia 36 tahun itu ditahan oleh pegawai dari unit siasatan jenayah Sau Mau Ping di luar bangunan kediaman Jalan Muk Tai berhampiran stesen MTR Kai Tak pada Selasa, menurut pasukan itu.

Dia ditahan kerana disyaki melanggar kesopanan awam yang menjadi satu kesalahan dan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Peguam Albert Luk Wai-hung berkata, kesalahan tidak senonoh di khalayak ramai di bawah Ordinan Jenayah adalah lebih sesuai untuk kes tersebut daripada kesalahan kesopanan awam yang memalukan.





Di bawah ordinan itu, seseorang tanpa kebenaran atau alasan sah, yang mendedahkan mana-mana bahagian badannya akan melakukan kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan dikenakan denda HK$1,000 (AS$127 atau RM559).

“Balkoni disifatkan sebagai kawasan persendirian, tetapi melakukan hubungan seks dan mendedahkan badan secara tidak senonoh di situ jelas boleh dilihat oleh orang ramai. Perbuatan mereka melanggar undang-undang,” kata Luk memetik portal South China Morning Post.

Individu yang menyiarkan video itu dalam talian juga boleh menghadapi pendakwaan kerana menerbitkan artikel lucah di bawah Ordinan Kawalan Perkara Lucah dan Sumbang iaitu kesalahan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda HK$1 juta (RM559,683).





“Wanita itu masih ditahan untuk disoal siasat. Siasatan masih dijalankan. Tangkapan lanjut mungkin dibuat,” kata polis.

Polis berkata, siasatan dibuat pihaknya selepas menemui video yang dimuat naik dalam talian baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita melakukan perbuatan tidak senonoh di balkoni sebuah flat di bangunan Jalan Muk Tai.

Klip berdurasi 16 saat itu, kelihatan dirakam dari bangunan berhampiran.

Memandangkan suspek masih menutup mulut, pegawai skuad jenayah masih menyiasat bila kejadian itu berlaku. — Agensi