Connect with us

Isu Semasa

“Mahu lihat mereka jadi doktor, peguam..” Lisa Surihani enggan dedah anak dunia seni

Published

on

Pelakon Datin Lisa Surihani berkongsi rasa teruja apabila kedua-dua anaknya terbabit dalam penggambaran video keselamatan untuk pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Gempak, namun dia terlebih dahulu memikirkan keselesaan anak-anaknya Yahaira Leanne dan Yusof Leonne sebelum menerima pelawaan Puan Seri Tiara Jacquelina.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Advertisement

“Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali.

“Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut.

“Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video,” katanya.

Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, pada mulanya Yahaira dan Yusuf tidak memahami mengenai muzik video tetapi mereka menjadi seronok apabila mendapat penjelasan mengenai penggambaran tersebut.

Advertisement

 

Sementara itu, Lisa tidak bercadang bagi mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan memandangkan usia mereka masih muda.

Advertisement

“Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda. Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka…

“…persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka. Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Advertisement

Sumber : ohmymedia

Nama Lisa Surihani bukan lagi asing dalam industri seni Tanah Air. Bakat lakonan aktres cantik itu tidak boleh dinafikan lagi dan deretan filem lakonannya pernah menjadi bualan suatu masa dahulu.

Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan tampil dengan imej berhijab, Lisa yang kini bergelar Datin dilihat lebih menumpukan kehidupan kepada keluarga.

Kongsi kisah penghijrahan. Walau bagaimanapun, dia tetap rajin berkongsi momen kesehariannya di media sosial dan para peminat dapat melihat penghijrahannya menjadi lebih baik.

Advertisement

 

Semalam, Lisa telah diundang ke Meletop bagi berkongsi serba sedikit perjalanan penghijrahannya seperti yang kita lihat sekarang.

Advertisement

Banyak perkongsian bermanfaat
Selain daripada perkongsian-perkongsian yang bermanfaat daripada Lisa dan juga dua pengacara hebat, Nabil Ahmad serta Uyaina Arshad, beberapa penonton Meletop juga memuji penampilan pelakon itu yang tetap cantik walaupun hadir tanpa menggunakan sebarang makeup.

Hal tersebut dikongsikan juga satu akaun TikTok yang kebanyakkan komen di dalamnya memuji keayuan isteri kepada pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim kerana cukup sederhana.

Ni baru beauty with brain
Rata-rata komen yang ditinggalkan warganet bersifat positif lebih-lebih lagi Lisa yang membawa aura cukup baik untuk semua yang menonton.

Warganet juga akui yang kisah penghijrahan pelakon ‘Lagenda Budak S ’ ini memberikan inspirasi buat mereka dan akan menjadikan pelakon berkenaan sebagai contoh untuk istiqomah dalam mempelajari agama.

Advertisement

“beauty with brain n beriman in Sha Allah hingga akhirnya”
“dahlaa cantik sopan santun lembot je. bijak pulak tu lisa ni.Untung yusry dapat isteri mcm ni..”
“she’s so amazing”

“secalit warna pn xde di wajah beliau”
“I cannot.. datin Lisa ni antara contoh artis
yg humble and bila datin bebual tu, boleh rasa keikhlasannya….”

“Masyaa Allah…. Mngalir air mata… Smoga terus istiqomah”
“BESTNYA KALAU MELETOP BINCANGKAN HAL AGAMA SEPERTI INI”

“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. Subhanallah cantiknya awk lisa”
“sejuk mata tengok artis malaysia.…..bangga tengok ramai yg dh tutup aurat. terbaikk”

“Masya allah. I smiled while listening to what lisa said. Really inspiring. Subhanallah”

Advertisement

“Lipstik pn xpakai….dia betul2 ikut landasan yang betul, wanita jgn menarik perhatian.. rmai
jgk tgk y berpurdah pun kening lukis
mascara, ctc lens..”

Sunber : omm & meletop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Advertisement

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending