Lelaki ditemukan tersangkut, meninggal dunia atas pokok

Gua Musang: Lelaki ditemukan meninggal dunia selepas tersangkut di atas pokok kelapa di Felda Aring Satu di sini, hari ini.
Mangsa, Zaharuddin Ramli, 47, ditemukan tersangkut pada ketinggian 12 meter pada 8.45 pagi.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu ke lokasi kejadian.

“Selepas menerima aduan, sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki yang tidak sedarkan diri tersangkut pada pokok kelapa,” katanya.





Menurutnya, pasukan berkenaan terpaksa menggunakan tangga untuk memanjat pokok sebelum menurunkan mangsa menggunakan kaedah sambungan tali.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan lanjut.





“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan m4yatnya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.