Lebih 150,000 daftar kebenaran tanam ganja

BANGKOK: Lebih 150,000 orang mendaftar untuk memohon kebenaran menanam ganja melalui Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand.

Bangkok Post melaporkan, ini selepas negara ini membenarkan orang ramai menanam pokok ganja di kediaman masing-masing, semalam.




Setiausaha Agung FDA, Dr. Paisarn Dunkum berkata, peraturan itu membenarkan orang ramai menanam ganja selepas mendaftar dengan FDA melalui plookganja.fda.moph.go.th dan aplikasi di telefon mudah alih.

Menurut beliau, selain daripada syarat pendaftaran dalam talian, penanam tidak perlu mendapatkan kebenaran untuk mengusahakan tanaman tersebut.





Semalam, aplikasi itu dimuat turun lebih 50,000 kali dan lebih 150,000 menyelesaikan proses pendaftaran.

FDA mengeluarkan sijil elektronik untuk pemohon yang berjaya mendaftar.

Selepas mendaftar, orang ramai boleh menanam dan menggunakan ganja untuk tujuan perubatan dan komersial.