Demi ‘content’ TikTok, remaja di Indonesia maut

Dunia TikTok sememangnya menarik dan boleh membuatkan anda ketagih. Kalau penyampaian anda bagus, video anda akan layak masuk muka utama iaitu ‘For You Page’, lebih-lebih lagi kalau anda ikut trend semasa.

Demi ‘content’ TikTok, remaja di Indonesia bertemu ajal akibat sahut cabaran ‘Malaikat Maut’ 02



Namun begitu, tak semua patut diikut, terutama aksi yang melibatkan hal keselamatan. Baru-baru ini, tertular satu kisah di Indonesia yang mana tiga orang remaja berhasrat melalukan cabaran ‘Malaikat Maut’. Secara teknikal, anda perlu berdiri di tengah jalan dan mengelak kenderaan di saat akhir.

Aksi nekat remaja menghentikan truk di Jl. Otista, Karawaci, Kota Tangerang telah memakan korban, Jumat (3/6/2022) siang.

“Baru kemarin dirazia, udah buat onar lagi. Mereka kumpul 10 orang lebih. 1 meninggal tertabrak kontainer,” ujar warga yang mengirim info melalui Whatsapp.





Pada masa yang sama, aksi anda itu perlu dirakam. Namun begitu, malang telah menimpa ketiga-tiga remaja itu apabila salah seorang daripada mereka gagal mengelak lalu digilis oleh lori yang terlibat. Akibatnya, remaja yang berusia 18 tahun itu meninggal dunia serta merta.

Apapun, pemandu lori yang tidak sempat berhenti itu ditahan untuk disoal siasat. Untuk makluman anda, cabaran ‘Malaikat Maut’ telah wujud di Indonesia sejak tahun lepas dan kes maut seperti ini sudah ada sejak Julai 2021 lagi, diikuti pada September tahun lepas dan April yang lalu.




Secara amnya, para netizen menyifatkan adegan itu sebagai satu kebodohan kerana dengan sengajanya menempah maut. Padahal hidup ini panjang lagi.