Isu Semasa
“Beruntung dapat layanan macam keluarga sendiri” Reaksl Eina Azman berpisah Dengan Pembantu Rumah buat ramai tersentuh

Bukan mudah bagi pelakon cantik, Datin Paduka Eina Azman untuk melepaskan pembantu rumahnya dikenali sebagai Mega untuk pulang ke pangkuan keluarga semula di Acheh, Indonesia setelah lima tahun berkhidmat.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Eina berkongsi semula foto-foto dan video mereka bersama sebagai kenangan dan rata-rata netizen turut sebak melihat keakraban antara ibu kepada dua cahaya mata ini dengan pembantunya.
View this post on Instagram
Ujar pelakon drama The Maid 2, tarikh 26 Jun merupakan satu tarikh yang cukup sedih buat mereka sekeluarga berikutan pembantunya akan meninggalkan mereka dan terlalu banyak kenangan indah bersama.
Apa yang lebih meruntun hati, apabila suami kepada Eina Azman iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet gagal menahan sebak berikutan perpisahan bersama bekas pembantu rumah mereka.
Ya Allah rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah break up dengan boyfriend. Rumah saya sekarang dah sunyi sebab tak ada siapa dah cakap kuat-kuat, gelak dan buli @aubreykarl.
View this post on Instagram
Dulu dia selalu jahit untuk kecilkan baju saya, teman saya memasak di dapur, tukang buat rambut saya n aubrey, tukang pilih baju dan beg bila saya nak keluar, tukang ambil gambar dan video untuk saya, peneman untuk buat TlktTok, teman saya pergi shooting, dan siap boleh bertukang di rumah. Pembantu rumah serba boleh.
Eina Azman pada masa yang sama menyifatkan Mega sebagai pembantu rumah yang serba boleh dan pemergiannya secara tidak langsung memberi kesan yang agak mendalam buat mereka.
Bila Mega dah balik ini rasa macam lost kejap, sebab saya dah tak ada teman nak bergaduh dan marah. Saya rindu nak kenakan kamu makan benda-benda pedas, rindu marah kamu dan last sekali kita dua akan menangis sebab dua-dua hati tisu.
View this post on Instagram
Memang betul boleh ambil bibik baru. Tapi yang baru belum tentu boleh click dengan saya mega hmmm⦠mega saya bukan lah majikan yang sempurna adakala saya tegur dan marah kamu.
Dalam pada itu, pelakon cantik ini turut memohon maaf kepada bekas pembantu rumahnya seandainya terkasar bahasa dan berharap Mega bahagia berada di kampung serta menjaga diri.
Tapi saya nak kamu tahu yang saya sayang kamu Mega. Tugas saya dan dato sebagai mak bapa kamu di Malaysia dah selesai. Kita 0-0 ok. Jangan lupa video call saya selalu. Take care mega.
Sumber : ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
- Isu Semasa1 month ago
Akhirnya, Ziana Zain Makin Bahaya. Kali Ni Bocorkan Siapa Calon Isteri Anwar Zain
- Isu Semasa1 month ago
βBerjerawat pun tapi..β- Wajah Sweet Qismina Tanpa Mekap Jadi Perhatian Peminat
- Isu Semasa1 month ago
Alhamdullilah, Nad Zainal Dah Keluar ICU, Ketawa & Dah Jalan, Perkara Ini Dirahsiakan Sebab…
- Isu Semasa1 month ago
Selepas Elektrik Dimatikan, Rupanya Ini Tindakan Pertama Pacik Faizul Bila Nampak Anak Dah Tak Bernyawa