Connect with us

Isu Semasa

Baru je Umum perceralan, Sesuatu terjadi kepada ahli keluarga Tegar terpksa menjual barang peribadi

Published

on

SELEPAS dua hari mengumumkan sudah bercerai dengan isterinya, penyanyi Tegar Septian sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Bagi menampung kos perubatan, Tegar memberitahu dia merancang untuk menjual akaun atau ID permainan atas talian, Mobile Legend miliknya.

“Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit. Minta doakan semoga nenek cepat sembuh,” katanya dalam perkongsian di lnstastory.

Tegar, 22, sebelum ini mendedahkan dia dan isterinya iaitu Sarah Sheilka sudah bercerai disebabkan masalah perhubungan yang sudah lama ditanggung.

Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Sarah juga pernah mendedahkan tindakan bekas suaminya meminjam duit dari rakan-rakan terdekat dengan alasan kesempitan hidup.

Sarah bagaimanapun mendakwa mereka melalui kehidupan seperti biasa dan tiada masalah kewangan.

Kemelut rumah tangga itu menyebabkan bekas peserta program Big Stage 2022 ini tertekan hingga menyebabkan fizikalnya semakin kurus.
Untuk rekod, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Mstar

Advertisement

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai kerana dia amat dikenali di Malaysia.

Bercerai selepas 2 tahun bernikah. Perkahwinan yang baru sahaja berusia 2 tahun nampaknya tidak bertahan lama selepas penyanyi berkenaan memaklumkan yang dirinya sudah berpisah dengan isteri, Sarah Sheilka di Insta Story.

Hadapi tekanan. Menurutnya, dia mengalami tekanan perasaan sehingga badannya menjadi kurus disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi. Dia juga seperti memberi bayangan bahawa masalah kewangan menjadi salah satu punca penceraian tersebut di samping menjelaskan setiap gambar romantik di Instagram tidak sama seperti hakikat perkahwinan mereka.

Bekas isteri dedah Tegar kerap pinjam duit. Menjengah ke Instagram bekas isteri kepada Tegar yang juga merupakan instafamous di Indonesia, wanita muda itu turut berkongsi kenyataan di Insta Story miliknya siang tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Sarah Sheilka seakan mendedahkan yang bekas suaminya kerap meminjam wang daripada orang terdekat melihat daripada direct message (DM) di Instagramnya sebelum ini.

Advertisement

Dia juga sekaan menggunakan nama ‘anak dan isteri’ setiap kali meminjam wang padahal mereka sekeluarga tidak mengalami masalah kewangan serta mempunyai tabungan yang cukup untuk makan setiap hari.

Alasan nak bayar rumah pulak. Disebabkan kondisi mereka yang sudah bercerai, jadi tabungan tersebut telah dibahagi sama rata dan Sarah memaklumkan yang sudah tidak mahu bertanggungjawab lagi jika ada sesiapa yang bertanya perihal Tegar selepas ini.

Tambahnya, jika Tegar menggunakan alasan untuk membayar rumah yang telah dibeli untuk isteri dan anak, dia meminta agar perkara tersebut dipertanyakan semula kerana mereka sudah membatali hasrat tersebut disebabkan penceraian yang berlaku.

Pendedahan yang dibuat Sarah itu dilakukan sejurus selepas Tegar memaklumkan bahawa mereka sudah bercerai.

Dalam kenyataan yang dibuat bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia menyatakan berasa penat sekali dalam mengharungi pelbagai masalah yang melanda perkahwinan mereka.

Advertisement

Untuk makluman, Sarah dan Tegar telah bernikah sekitar Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : Ohmymedia

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka.

Tidak mendedahkan sebab sebenar perceraiannya itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu.

“Fakta bahawa saya sudah bercerai adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya.

Advertisement

Tegar sebelum ini pernah berjauhan dengan keluarga untuk menyertai Big Stage 2022 di Kuala Lumpur.

“Banyak masalah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan,” katanya.

Menerusi perkongsian di IG Story, bekas peserta program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini.

Perceraian itu dilihat berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga badannya menjadi kurus akibat tekanan.

“Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stres fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu.

Advertisement

“Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurus sebab terlalu banyak berfikir.
“Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan,” katanya.

Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Mstar

“Dan maaf juga aku memang manusia yang nggak perfek.
Kalo kalian mau tau aku bener-bener pusing dan stres mikirin urusan ini itu.
Dan ya memang aku di insta seperti romantis tapi sebaliknya kalian gak tau pusingnya aku kek gimana,” sambungnya.

Tegar lantas menegaskan sekali lagi bahwa is sudah tidak bersama Sarah. la bahkan berencana untuk memulai hidup baru setelah bercerai dari Sarah. “Sekali lagi, mulai detik ini aku udah nggak sama sarah lagi. Aku memilih untuk hidup baru lagi dan memulai dari 0,” ujar Tegar. “Dan kalian harus tau aku selalu di rumah ajah terus.

Advertisement

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Advertisement
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending