Adibah Noor meninggal dunia

SELEBRITI terkenal Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8.15 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida.





Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi mStar enggan berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai pemergiaan Adibah Noor.

“Ya… memang betul Adibah Noor sudah meninggal dunia di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin. Sebab kami sama-sama rapat dengan arwah.




“Arwah meninggal dunia sekitar pukul 8.15 malam tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi,” katanya kepada mStar.- mStar