Polis siasat 2 buah kenderaan memandu secara berbahaya

Pada 1 May 2022 jam lebih kurang 8.00 malam, telah tular satu rakaman video berdurasi 19 saat di laman media sosial Facebook yang memaparkan satu kejadian sebuah m/kar disyaki jenis Audi berwarna kelabu bersama sebuah m/kar jenis Toyota Wish berwarna Hitam yang dipandu secara merbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan.





Siasatan lanjut mendapati kejadian tular tersebut berlaku pada hari yang sama anggaran waktu sekitar tengahari, di mana kedua-dua kenderaan tersebut telah dipandu secara merbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) di Lebuhraya Utara-Selatan antara KM 269 hingga KM 238 arah Selatan, di mana perbuatan ini boleh mendatang bahaya pada diri sendiri dan pengguna lebuhraya yang lain.

Selain itu rakaman video tersebut juga turut memaparkan tindakan pemandu kenderaan terlibat memotong di lorong kecemasan.





Pemilik atau pemandu kenderana terlibat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.