Pemandu Myvi pandu melulu di lorong kecemasan di tahan

KULAI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkesan satu video viral yang dimuat naik di sebuah akaun facebook yang memaparkan sebuah kenderaan no. pendaftaran JKW261 jenis Perodua Myvi memandu secara melulu di lorong kecemasan.

Hasil siasatan pihak Polis, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di KM 27 Lebuhraya Utara-Selatan Arah Selatan pada 16/05/2022 jam lebih kurang 1600HRS. Susulan video tersebut, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai telah mengesan individu yang terbabit untuk tindakan lanjut.




Pada 17/05/2022 jam 1900HRS, bertempat di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai telah menahan (1) lelaki Cina yang merupakan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut. Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Ketua Polis Daerah Kulai menyeru pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pengguna jalan raya yang lain selamat dan kemalangan dapat dielakkan.





Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang.