Isu Semasa
Puteri Sarah buat umrah tanpa suami, harap pulang dapat petunjuk untuk kehidupan baharu

Kelibat pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tidak kelihatan dalam beberapa hantaran gambar yang dimuat naik isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua anaknya, hari ini.
Menerusi perkongsian itu, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Melihat di ruangan Instagram Story miliknya, Sarah juga dilihat hanya mengambil foto bersama ibu mentuanya ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Sarah yang mengenakan jubah serba putih berharap pemergiannya ke Tanah Suci mendapat umrah yang mabrur.
“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka. Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.
“Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” katanya.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Yusof dan isteri turut hadir menghantar
Sarah ke Tanah Suci. Sarah ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
Khamis sebelum dia dan dua anaknya berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah 10 akhir Ramadan.
Sarah tiba di KLIA kira-kira pukul 11.30 pagi
ditemani bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk
Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.
Syamsul bagaimanapun tidak kelihatan. Yusof dan isteri kelihatan terharu malah Fatimah mengesat air mata bag mengucapkan selamat jalan untuk menunaikan umrah buat manantu dan dua cucunya itu.
Sementara itu. Sarah berkata dia melantik dua
peguam bag menyelesaikan k0nflik yang berlaku dalam rumah tanggannya itu.
Sarah berharap diberi jalan penyelesaian
terbaik dalam kemelut rumah tangga. Selain itu, Sarah juga berkata, anak-anak menjadi kekuatan untuk dia terus bertahan.
Dia juga bersyukur dikelilingi orang-orang yang
sentiasa member sokongan. “Anak-anak sentiasa ada di sini dan mereka membuatkan saya jadi lebih kuat. Saya juga bersyukur kerana ramai yang menyokong dan mendoakan kebaikan untuk saya,” jelasnya.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga
pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua
orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan
Summayah, 2.
Sumber : Hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
- Isu Semasa1 month ago
Akhirnya, Ziana Zain Makin Bahaya. Kali Ni Bocorkan Siapa Calon Isteri Anwar Zain
- Isu Semasa1 month ago
“Berjerawat pun tapi..”- Wajah Sweet Qismina Tanpa Mekap Jadi Perhatian Peminat
- Isu Semasa1 month ago
Alhamdullilah, Nad Zainal Dah Keluar ICU, Ketawa & Dah Jalan, Perkara Ini Dirahsiakan Sebab…
- Isu Semasa1 month ago
Selepas Elektrik Dimatikan, Rupanya Ini Tindakan Pertama Pacik Faizul Bila Nampak Anak Dah Tak Bernyawa