Syaiful beli bot RM120,000 untuk kegunaan orang kampungnya

Putrajaya: Anggota kumpulan Tiro, Syaiful atau lebih mesra dengan gelaran Melati mengotakan janjinya dengan membelikan bot khas bagi kegunaan penduduk kampungnya di Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, selepas menjuarai program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021).

Menurut adiknya, Sharif ketika menjelaskan berhubung ketiadaan abangnya, Melati pada majlis makan malam bersama kumpulan Tiro di D’ Empangan Udang Galah, semalam.





“Jika ikutkan, Melati mahu turut serta menghadiri majlis ini. Namun, keadaannya tidak mengizinkan kerana masih berada di Kudat”

“Melati perlu berada di Kudat bagi menguruskan pembelian bot nelayan. Kami tinggal di perkampungan nelayan, jadi, bot ini untuk kegunaan penduduk kampung terutama golongan remaja pergi ke laut untuk menangkap ikan.”

Katanya, inisiatif ini diharapkan dapat membantu ramai golongan remaja yang tiada pekerjaan terutamanya golongan remaja di kampung mereka.





Berkongsi lanjut, Sharif atau nama sebenarnya, Sharif Kadir Doli Sharif, 31, memberitahu bot nelayan berharga RM120,000 itu boleh memuatkan 18 nelayan dalam satu masa.

“Bot ini tidaklah besar sangat, tetapi, cukup menampung 18 nelayan. Kami beri mereka guna bot ini dan hasil tangkapan dibahagi sama rata” tambahnya lagi. -Berita Harian