Kau jangan poyo sangat Syukri

PETALING JAYA: Ibu kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim tampil menyelar semula tindakan anak kesayangannya itu yang disifatkan sebagai ‘raja tular’.

Menurut Rozita, tahap kesihatan Aliff yang kini semakin baik namun seolah menunjukkan keadaan dirinya kini semakin teruk akibat jangkitan virus Covid-19, seperti yang dimaklumkan menerusi entri Instagram miliknya, sebelum ini.


“Kau memang raja viral kan! Memang Kri (nama panggilan Aliff) Covid-19 tahap tiga, tetapi sudah sembuh! Rasa sini mak hempuk kau Kri, masa berkongsi tangan itu memang disleksia tidak faham bahasa. Mak geram dengan kau Kri!

“Mak sound Ida (Datin Seri Shahida), Kri mak membuat panggilan, hantar pesanan tidak jawab. Semalam mak dah tegur ish itu, faham-fahamlah. Ini mak tegur secara terus, biar kau rasa.





“Nak sangat kan! Tular… mari mak kecam kau pula. Perkongsian minta maaf kepada netizen. Habis dekat mak tak nak minta maaf?” dedahnya di Instagram.

Mengulas lanjut, ibunya juga menasihati anak lelakinya itu agar berfikir dahulu sebelum sebelum memuat naik di media sosial.

“Kau jangan poyo sangat Syukri. Kau tidak ada kerja di sana, tangan gatal menaip bagai nak rak! Hadis dan doa mana Kri copy (salin).

“Selepas itu yang menjadi mangsa netizen mak, Ida serta keluarga yang tinggal ini! Kau jangan mencari fasal. Mak serang Kri di sana! Kau jangan ya.





“Sejak balik memang Kri sakit dan sekarang sudah sihat kan. Duduk di sana seorang jangan buat orang risau. Sudah sembuh pun tidak perlulah nampak sangat nazak,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, Aliff tampil memberi reaksi berhubung coretan panjang ibunya itu.

“Sampai hati mak cakap macam itu. Mak tidak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka awak,” tulisnya di komen.

Sebelum ini, Aliff memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 tahap tiga dan sedang menerima rawatan lanjut kerana virus berkenaan sudah memberi kesan kepada sistem pernafasannya. – Utusan