Lelaki dakwa miliki kemaluan terbesar muak permintaan orang ramai

BANDAR NEW YORK, NEW YORK – Seorang lelaki yang mendakwa memiliki zakar terbesar di dunia mengakui bahwa dia bosan kerana sering diminta menunjukkannya kepada orang ramai, lapor akhbar New York Post semalam.

Jonah Falcon, 55, menyatakan sedemikian semasa hadir ditemu bual dalam rancangan bual bicara ‘This Morning’ di saluran ITV, lapor akhbar The Sun.





‘’Atas sebab tertentu dengan memiliki saiz seperti ini saya dianggap seorang yang jahat, ego, seorang bintang lucah, bodoh atau murahan,’’ katanya.

Kemaluannya memecahkan rekod dunia apabila mencecah saiz 33 sentimeter ketika mengalami ereksi, hampir sebesar saiz trofi Anugerah Akademi.





Malah, pelakon kelahiran Brooklyn itu berkata: “Saya muak dan bosan kerana ada orang mahu saya mengukurnya di hadapan mereka. Saya telah melakukannya 10,000 kali. Sudah cukup!’’ katanya.

Falcon dikenali ramai sejak dia dinamakan sebagai pemilik zakar terbesar di dunia dalam dokumentari 1999, lapor akhbar Huffington Post.

Malangnya, rekod itu tidak rasmi kerana Guinness World Records tidak mengesahkan pencapaian tersebut. -Agensi