Identiti juruterbang pesawat Hawk terhempas dikenal pasti

SEBERANG PERAI – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan status dua juruterbang pesawat Hawk 108 yang terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini malam tadi.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, juruterbang yang maut ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd. Fareez Omar menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya di sini dan dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.





Kenyataan itu memaklumkan, kedua-dua juruterbang berkenaan sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) sebelum terbabit nahas.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua juruterbang tersebut sudah berkahwin.





“Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan.

“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.