[VIDEO] 12 lelaki ditahan gaduh dua kumpulan

GEORGETOWN – Seramai 12 lelaki ditahan untuk membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan Lebuh Farquhar di sini awal pagi Jumaat.


Dalam kejadian pada jam 12.35 tengah malam itu, kesemua mereka disyaki terlibat dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan berbeza dan ditahan antara jam 12.38 tengah malam hingga 3.17 pagi, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi di sekitar bandar ini.





“Selepas menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan di kawasan Lebuh Farquhar, kita terus ke lokasi kejadian.

“Polis berjaya menahan 12 lelaki yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.