Kerana ‘Squid Game’, penyedia khidmat Internet Korea Selatan saman Netflix

Seoul: Penyedia perkhidmatan Internet Korea Selatan, SK Broadband mengemukakan tuntutan ke atas Netflix, selepas rancangan popular platform ‘Squid Game’ didakwa menyebabkan berlaku peningkatan trafik.

Pembekal Internet itu turut meminta Netflix untuk membayar kos penyelenggaraan yang berkaitan akibat lonjakan trafik untuk thriller itu, ketika Ketua Pegawai Eksekutif Netflix Ted Sarandos menyifatkan ia akan menjadi ‘pertunjukan terbesar’ yang pernah ada.



Saham Netflix agak rendah pada petang Jumaat, manakala saham SK Telecom, syarikat induk SK Broadband menokok lebih daripada satu peratus.

“Kami akan mengkaji tuntutan yang dibuat SK Broadband.





“Sementara itu, kami terus mencari ruang bagi mengadakan dialog terbuka dan meneroka kerjasama dengan SK Broadband untuk memastikan pengalaman penstriman yang lancar kepada pelanggan,” kata seorang jurucakap Netflix dalam kenyataan kepada CNBC.

Berita itu muncul selepas mahkamah Korea Selatan menyatakan Netflix harus membayar sesuatu kepada SK Broadband bagi penggunaan rangkaian.




Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pengamal undang-undang di negara itu juga memanggil penyedia kandungan seperti Netflix yang tidak membayar yuran penggunaan rangkaian.

Netflix memaklumkan bahawa ia membantu mewujudkan 16,000 pekerjaan di Korea Selatan.

Bagaimanapun, SK Broadband tidak memberi maklum balas mengenai perkara itu kepada CNBC.