2 peratus lagi untuk bolehkan sempadan dibuka – Khairy

SHAH ALAM – Sehingga kini, sebanyak 88 peratus populasi dewasa telah divaksin sepenuhnya menjadikan dua peratus sahaja lagi diperlukan bagi membolehkan sempadan negara dibuka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, apabila sempadan dibuka, rakyat Malaysia tidak lagi perlu memohon My Travel Pass untuk melancong ke luar negara.





“88 peratus populasi orang dewasa kita telah divaksinasi sepenuhnya. Cuma tinggal dua peratus lagi untuk sempadan negara dibuka.

“Rakyat Malaysia tidak perlu lagi memohon MTP untuk melancong ke luar negara. #Membuka Semula dengan Selamat,” ciapnya di Twitter pada Selasa.