10 dituduh di mahkamah, seorang dipenjara palsukan sijil vaksin

KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan memalsukan sijil suntikan vaksin Covid-19.

Menegaskan perkara itu, Timbalan 1 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah tersebut, seorang daripadanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara.




“Yang telah kita tuduh ada 10 orang dan yang telah didapati bersalah satu orang.

“Pecahan mengikut negeri ialah Kelantan satu, Melaka dua, Sarawak empat, Perak satu dan Sabah dua, jumlahnya 10 orang, dan seorang yang ditelah dihukum penjara itu kes di Sarawak,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.





Beliau berkata demikian menjawab pertayaan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN- Setiu) yang meminta menteri menjelskan berhubung tindakan keatas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin. – UTUSAN